Palestine's News





Pada yang meminati cerita magis pasti sering mendengar mengenai nama Harry Porter, namun Rehal kali ini bukan mahu mengisahkan nama watak filem itu sebaliknya ingin mengupas perihal anak muda kelahiran Britain, Harry Fear.

Nama beliau meniti di bibir umat Islam khususnya rakyat Palestin, walaupun tidak menganut agama ALLAH SWT, Islam. Usaha Fear mendekati dan menghulurkan bantuan kemanusiaan di Gaza sejak tahun 2007 lagi membuka mata seluruh pihak bahawa tidak semua mereka yang Yahudi membenci Islam.


Pengakuan terbuka


Akhir Januari lalu, masyarakat di Malaysia bertuah apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Palestin terkemuka negara, Viva Palestina Malaysia (VPM) membawakan Fear bagi menceritakan setiap inci pengalamannya dalam melibatkan diri dengan isu Palestin seawal usia belasan tahun lagi.

Maka pada 29 Januari baru-baru ini, Yayasan Selangor dan Universiti Industri Selangor (Unisel) merealisasikan impian rakyat Selangor berkongsi suka duka Fear semasa di tanah Gaza.

Pengalaman menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke Israel seakan memberi peluang kepada Fear melihat dengan jelas kekejaman sebenar rejim Zionis terhadap penduduk Palestin.

Dalam ceramahnya di Unisel, Fear berkata, seluruh masyarakat dunia dan rakyat Palestin sendiri memanggil situasi yang berlaku di tanah ini sebagai peperangan tetapi padanya ia lebih kepada pembunuhan beramai-ramai.

“Pada saya, ia bukan peperangan kerana peperangan melibatkan tentera tetapi keadaan ini berlainan. Pertumpahan darah berlaku di segenap penjuru dan mengorbankan banyaknya nyawa yang langsung tidak melakukan kesalahan.

“Ia tidak boleh dikategorikan sebagai peperangan jika melibatkan kematian orang awam. Sungguh tragis, cuba bayangkan orang yang tidak bersalah dibedil dan dibom sedemikian rupa. Adakah itu peperangan atau pembunuhan?,” soal Fear yang juga wartawan sambilan selain terkenal sebagai penerbit dan pengarah dokumentari (filem).

Menurutnya, ibu bapanya sentiasa menggalakkan beliau untuk bersikap ingin tahu dan menyelongkar hingga ke akar umbi akan apa sahaja yang menarik perhatiannya. Beliau memulakan langkah awalnya di Timur Tengah semasa peperangan di Iraq.


Konflik agama


Fear turut menjelaskan, bahawa apa yang berlaku di Palestin adalah konflik politik bukan satu agama. Cuba bayangkan satu peratusan besar rakyat Palestin adalah Kristian dan Yahudi.

“Israel mahu orang berfikir bahawa ia adalah konflik agama untuk menyebarkan ke seluruh tempat bahawa umat Islam di sana gila dan ganas. Penyelesaiannya adalah penyelesaian politik dan strategi mestilah sesuai.

“Saya mula memahaminya dan bermula dari itu, saya tidak lagi memihak kepada Israel walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Ramainya warga Barat dan masyarakat seluruh dunia dikelirukan media Barat yang mengatakan rakyat Palestin adalah pengganas yang mengancam dunia,” katanya yang berjaya mengeluarkan filem bertajuk Operatian Pillar of Death pada November tahun lepas.

Fear bercerita lagi, Israel sangat gembira apabila berjaya membunuh ramainya rakyat Palestin dan rejim Zionis itu tidak akan membiarkan walau satu pun tentera mereka terbunuh, sungguh kejam, sekali gus memperlihatkan betapa rejim Zionis langsung tidak mempunyai rasa hormat dan tidak berperi kemanusiaan.


Sayangnya pada tanah air


Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menghulurkan bantuan kepada saudara di sana, Fear mencadangkan supaya rakyat Malaysia menyokong pergerakan politik yang berpihak kepada Palestin, mengundi bagi pihak-pihak yang menyokong Palestin dan terus bekerja pada usaha praktikal untuk memerangi rejim Zionis.

“Ramai juga yang bertanyakan kepada saya, kenapa penduduk Gaza memilih untuk terus tinggal di sana walaupun keadaan mereka sungguh menderita? Kenapa mereka tidak terus berhijrah?.

“Sepanjang saya berada di sana, jelas kelihatan betapa sayangnya mereka kepada tanah air tumpah darah sendiri, untuk berhijrah dan memulakan hidup baru senang, tetapi pada saya mereka mempunyai alasan yang sangat kukuh dan ia melibatkan agama (sebagai motivasi), tanah (semangat cintakan tanah air), identiti kebangsaan Palestin (identiti dan budaya adalah bernilai) serta daya tahan sosial padu,” katanya.

Menurutnya, boikot bukan sahaja satu idea yang baik tetapi ia adalah satu kewajipan. Walau bagaimanapun, ia juga mempunyai bahayanya, benar ia boleh dilakukan untuk diri selesa (untuk kesedaran diri kita sendiri) tetapi bukannya nilai strategik.

Kita perlu berbalik kepada tujuan asal iaitu  untuk membantu rakyat Palestin dan bukannya kesedaran kita. Tanah Gaza sangat subur dan mempunyai banyak kelebihan kerana itulah Israel berusaha untuk mendapatkannya walau apa jua cara sekalipun.

Banyaknya air mata, darah tumpah di negara sendiri tetapi penduduk Palestin tetap bermati-matian menahan daripada tanah air daripada terus dijajah rejim Zionis. 


NOTE : Orang ramai yang ingin mendengar dan menonton pengalaman Fear bolehlah melayari beberapa video rakamannya di ;




atau boleh juga ikuti aktiviti hariannya di ;

Website :: 

Facebook :: 















A clip from the speech of a 14 year old Muslim sister.  
She gives the story of a child in Palestine. 






Full Translation :: ( ENGLISH )


I am a palestinian child...

I have been left hungry for days and now for weeks. I hear in other places children sleep in their warm beds.Their mothers are by their side singing to them songs. Their fathers would kiss them once they wake up in the morning from their beds. They have games and toys to play with... But I, I play and wait for death.


I am a palestinian child...

My mother always cries, she wears black because she faces darkness everyday. The enemies of the sun...the children of those oppressors. When they first hit our house with their bombs my father became a shahid. Just like the other Palestinian fathers


Now I am all alone. Without an Owner, just like the other Palestinian children.


I am an orphaned Palestinian young girl. I have brothers and sisters; Azra and A'ishah,5 year old Mohammad and Zeyneb which is 9 years old.We sleep in one bed together, the 5 of us because we have no other bed.


I am a Palestinian child but I, I haven't been able to sleep from the sounds of planes and bombs. In times like this we would hug each other and cry. On a night like this we were struck with fire from the bombs. I screamed out and Cried: "Mother, Mother, Mother!"


My mother did not reply to me for she was covered in red but red did not have a voice.


My mother who always used to wear black was now covered in blood. My mother had become a shahid. Ai'shah's cradle was covered in blood, Mohammad and rest of my sisters had become shahids.


I am a Palestinian child, orphaned...


I could not get up then because I had lost a leg. I cried out asking, what was my crime? They said your name is Summaya. This is your crime. Just like those named A'ishah, Fatima and Mohammad. It is because you are a Shahids child like all the rest of the Palestinian children.


They told me it's because I am a palestinian child, 'don't bother' they said to me... 'no one can hear you'. I asked them, 'isn't there anyone else in this world who is just like me', they said '1.5 billion, among them named A'ishah and Ahmad'. I couldn't believe it. 'Where are they? Show me, where are they? Where are the Muslims?. Have they abandoned us for a handful of Yahoud?!'"



So I raise my hands and seek refuge in My Rabb!!


" O Allah, I believe in You and I see refuge in You. I depend on You and trust in You. You are my protector and the Owner of everything. You are the Lord of the Universe and You are my Lord. Oh Allah, Destroy them! "



I am a Palestinian child, an orphaned child...












About 150 Palestinians were injured during a protest in front of Ofer jail Friday 15/02/2013 in solidarity with Palestinian prisoners in the Israeli jails. Fascist Israeli soldiers used live ammunition, rubber coated bullets and tear gas against peaceful protesters. 


Translation :

Jumaat, 15/02/13 - Seramai 150 rakyat Palestin cedera semasa protest di hadapan penjara Ofer, sebagai tanda solidariti kepada tahanan penjara. Peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata digunakan oleh zionis utk melawan protes aman itu.


- Photo by Yotam Ronen/activestills














Tiada ulasan:

Catat Ulasan